October 12, 2013

Aku berkata kata Jiwang

"Kata orang 
pantai pun berubah kena pukul ombak
macam tu jugak manusia
masa dengan jarak
bole ubah segalanya"

Ini yang aku taip 
bila dia tanya tentang perubahan.
dia tanya
abang dah berubah ke syg?
abang tak suka kita jauh.

apa lagi yang dia espect aku jawab?
sebabnya 
bila aku jawab ayat di perenggan first di atas
dia langsung tak mampu closing.

closing.
maksud aku reply seperti yang aku harap
bagi satu ayat pun dah bole meredakan 
naluri sensitiviti perasaan aku.
e.g : abang bukan pantai, abang tak kena pukul dengan siapa siapa.
or
abang ada pendirian sendiri.

Tapi, sadisnya
bukan itu jawapan dia
biar aku simpan saja apa jawabnya dalam hati.

Dia memang dah banyak berubah
tapi dia sendiri tak sedar
mahu saja aku minta lupakan aku
tapi aku sendiri sakit
bila mahu begitu

Dia memang bukan untuk aku.
Dia masih jauh keremajaan
dalam menangani manusia seperti aku.