D
selalu bersama aku
dua tahun dia temani aku
sakit demam, makan dan minum D yang jaga
sangat baik, sangat penyayang dan sangat setia
D
Dia ajar aku cara membalas kasih sayang
bawa aku merasai kasih sayang berfamily
sabar melayan sikap manja dan over childish aku
D kawan baik dan teman suka duka aku
D sangat mencintai aku, cipta Kehidupan indah dan penuh harapan
sangat bererti and full of memories
D bawa aku menjelajah masa depan
29hb April aku minta D lupakan aku
aku punya sebab untuk minta begitu
aku buat D menitiskan air mata
aku lukai dan sakiti D dengan kejam walaupun aku juga terluka
walau aku juga pedih dengan bebanan perasaan bersalah
tapi aku mahu berdepan dengan realiti dan kenyataan
Nyata D sangat kuat dan sabar
D senyum walaupun dengan mata berkaca
Aku rasa sakit itu
rasa seperti mahu mati
rasa seperti tekak terjerut
rasa seperti tiada haluan
rasa seperti mimpi ngeri
sangat aneh perasaan ini bila melukai insan bernama D
Tuhan tahu perasaan aku ketika ini
aku tak mahu rasa sakit ini
tapi rasa ini yang menghukum aku
kerana kejam pada manusia sebaik D
D. awak maafkanlah saya
kerna Allah juga tak boleh ampuni saya
sebab saya berdosa pada awak
D, saya rasa sakit itu...
"my pride, my ego, my needs and my selfish ways
caused a good strong man like you walk out my life
Now i never, never get to clean up the mess i made
and it haunts me everytime i close my eyes"


No comments:
Post a Comment